Wednesday, October 28, 2009
Thursday, October 8, 2009
Menjunjung Kasih, Tuanku.

What's so special about this watch?
Well., Inilah goodies yang telah diterima oleh pemain-pemain Golf sempena
Keputeraan Tuanku Sultan Perak di Kunming baru-baru ini.
Kalau tak menang Golf pun tak apa sebab goodiesnya dah berbaloi sebuah jam tangan "Tag Huere" tertulis HRH Sultan Azlan, Birthday Golf 2009.
Bagi yang menang pula sudah mendapat bonus berganda2.................I just can't express
betapa seronok dan indahnya bermain Golf di Kunming.......
If i ve the chance to go there again pasti ku pergi!
Bukanlah nak menafi our golf courses pula, kita punya golf courses pun cantik tp sesetengahnya tak berjaga.....mungkin kalau bermain di KL n a few established golf courses kita juga dapat merasa keseronokan bermain. Tapi cuaca nya tak dapat ditandingi unless u play in Kundasang,Sabah.
salah satu lubang Par 5 di Spring City Mountain Course, Kunming.Posted by Tyaaz at 9:39 PM 1 comments
Tuesday, October 6, 2009
Golf Keputeraan 2009, Kunming China

Hari Rabu 30 Sept.2009, Rombongan Golfers from Perak yang diketuai oleh DYMM Sultan Perak telah berlepas ke Kunming, China. Sampai di Airport Kunming jam 1 tghari. Penerbangan dari KLIA mengambil masa 3 jam. Rombongan dibawa ke Grand Park Hotel dan Green Lake Hotel. Kunming terletak di wilayah Yunnan di sebelah Selatan China. Penduduk di bandar ini dianggarkan 5 juta orang. Cuacanya sejuk dan kering sepanjang tahun, suhu yg sederhana dan amat sesuai untuk bermain golf.
Hari pertama kami bermain di Spring City Golf Course - Lake View..... wow cantiknya terpesona melihat keindahan golf coursenya. Memang sudah menjadi kelaziman sebelum pertandingan bermula kami akan mengambil group photo bersama Tuanku dan Permaisuri. While waiting for their arrival nii laa orang2 veteran ni bergambar...kekadang lucu pun ada tengok gelagat mereka.....macam2 hal.. maklumlah away from family and problems!


Cantikkan permandangan di sini. Golf Coursenya superp tapi gamenya......macam2 cerita...bila habis bermain 18 lubang masing2 geleng kepala kerana tak puas hati dgn performances,."Cuaca cantik ,golf course cantik tp green pulak laju macam putting atas simen" itulah di antara keluhan yang didengar..............
Inilah satu-satunya game yang boleh mencabar kesabaran kita.......... so klo kita Mr. Cool kita terima saja apa keputusannya kerana yg main diri kita sendiri dalam pada itu pun dalam hati Allah saja yang tahu....
Ada yang terlalu marah, baling putter, bola dsb....jerit pekik kat green sehingga merosakkan mainan orang lain...... Ada seorang hamba Allah ni geram punya pasal campak putter malangnya putter tersangkut pada pokok... dah la kena caddy panjat.. nasib baik tak kena DQ.
Anyway, I m happy kerana saya dapat bermain dgn baik kecuali 2 lubang tak dapat point. Average kira ok laaa.
2nd day masih di Spring City tapi kali ini di Mountain View. Masalah sama juga Green terlalu laju..... tp i enjoy playing bacause of the lovely weather.....
I was playing at one of the par 4 di atas bukit, i took this view... cantik sangat! Dalam gambar ni mcm tak nampak sangat "the beauty of the course...."
Gambar bawah, I played with Datin Maheran and Dato Ayob.
Posted by Tyaaz at 9:45 PM 0 comments
Labels: Peristiwa
Thursday, September 24, 2009
Aidil Fitri Al Mubarak
ada di antara kita yang telah memulakan puasa sunat syawal
dan ada juga yang masih enjoy dgn majlis rumah terbuka.............
harap dimaafi........... Tahun ini tidak semeriah tahun2 yang lalu......Seperti biasa di pagi raya kami sekeluarga ke masjid al mutaqin untuk menunaikan solat sunat aidil fitri.........
Selepas solat sibuk pula di dapur membuat persediaan untuk kanak2 yg datang berhari raya.....
Lewat petang baru berpeluang balik ke Kuala Kangsar untuk beraya dgn ibunda
tersayang dan adik beradik yang lain...
Suasana berhari raya di kuala kangsar amat luar biasa... rumah kakak seperti rumah YB
Tak putus-putus saudara-mara datang berkunjung sehingga ke malam, sewaktu kami
berangkat pulang pun masih ada yang datang.....
Salah seorang menantu Yong yg menjadi Chef tetap di dapur setiap kali raya Ida orang Kedah.Menantu2 Yong seperti lipas kudung di dapur, membantu ibu mentua yang tidak mempunyai
orang gaji.. tp syabas anak menantunya sangat supportive dan understanding... Nti datang rumah aunty buat le macam tu juga ye! jgn le segan-segan!
adik bersama opah ketika di kuala
Tisya jumpa kukur kelapa mini dan lesung kayu di rumah Nyang keciknya
Dalam sibuk berhari raya sempat juga Lan bawa Shu dan Tisya meninjau-ninjau sungai TempanHari raya ketiga, balik ke Lenggong ziarah pusara ayahanda di Banggol Belimbing then terus ke Tempan, Pergi rumah Abang malang nya dia tak ada di rumah dah balik ke Taiping. Pergi ziarah Pah Nah and Mak kecik. Nasib kurang baik juga rendang dinding mak kecik dah habis......
makan lah lemang bujang! Lemang mak kecik masih the best!
Posted by Tyaaz at 10:03 AM 3 comments
Saturday, September 12, 2009
It is just like a dream....apabila melihat papan iklan premis perniagaan terpampang dgn nama TYAAZ SDN BHD. Alhamdulilah, syukur kepada Allah, itu saja yg dapat ku katakan..........Ini bukan lagi satu mimpi but satu realiti yang perlu dipertanggungjawab bersama oleh semua ahli keluarga semoga kita berjaya dalam bidang yang telah lama diceburi tetapi secara kecil2an dan cara utang2an..... biasalah cara orang melayu berniagakan....jangan salah anggap pula ye.. saya pun orang melayu........saya memang minat berniaga tapi tak serius macam2 saya jual semasa jadi guru dulu. Pinggan-mangkuk, carpet, kain ela, batik etc... cuma sekarang saja baru ada butik.
Hanya pengenalan awal untuk memberitahu warga tempatan kewujudan TYAAZ di lokasi ini.
Posted by Tyaaz at 6:07 AM 0 comments
Monday, September 7, 2009
Terlalu cepat masa berlalu, hari ini dah masuk hari yg ke-18, tak sampai 2 minggu lagi umat Islam di seluruh negara samada yang puasa atau pun tidak akan merayakan Aidilfitri...
Tahun ini mood raya belum ada lagi maklumlah tak semua anak berkumpul.....anak pertama akan berhari raya bersama k'ganya di Langkawi, anak kedua pula jauh di perantauan hanya tinggal Fendi, 4G, n adik....Klo yg 3 beradik ni request nak makan itu dan ini barulah masak klo tak pagi2 raya selepas solat raya cabut ke kuala kangsar berhari raya dgn ibunda...
Malam ni malam ke-19, sebagaimana yg kita ketahui malam2 ganjil mungkin malam lailatul qadar
maka ambillah kesempatan yang ada untuk beribadat kpd ALLAH sehingga ke malam raya. Bukan senang untuk mendapat lalilatul qadar, kita diuji dengan mangantuk yg teramat sangat sedar2 dah terlepas! Setiap yang baik itu susah untuk diperolehi melainkan dgn usaha2 yg bersungguh2. Ya ALLAH permudahkanlah bagiku..........
Bila difikir sejenak, terasa terlalu kurang amal ibadat yang dilakukan di bln Ramadhan ini, kita masih leka mengejar duniawi..sepatutnya kita seimbangkan hal dunia dan akhirat dan adalah lebih baik kalau kita boleh lebihkan hal akhirat,,,........Alangkah baiknya 2 orang imam yang sedang mengimamkan solat terawih rebah dan terus menemui ALLAH dgn mudah dan ditempat yang mulia. Pastinya syurga tempat mereka....Innalillahiwainnailahirojiun.
Namun demikian masih terdapat org2 Melayu yg tidak berpuasa, melakukan maksiat di bulan yang mulia ini...Astghfirullahilazim......Kasihan, mereka tidak mengenali ALLAH dan ISLAM.. mereka terus hanyut dgn pujuk rayu syaitan. Waktu malam umat Islam brtarawih, mereka pula berseronok di kelab malam minum arak, berdangdut, ambil dadah dan pelbagai maksiat lagi yang dilakukan. Nauzubillah... Ya Allah kau lindungilah zuriatku dari melakukan amalan yang buruk ini.
Yang selalu kena tangkap kerana tidak berpuasa hanya orang2 kampung.... orang2 di bandar tu baik2 semua ke.... kenapa pihak jabatan agama tidak periksa tempat2 hebat di bandar2 besar
orangnya pun hebat2 juga ! Adakah kerana mereka orang hebat dan terkenal maka mereka tak payah diserbu! Di sisi Allah kita adalah sama...dan Allah menyukai orng2 yang bertaqwa.
Posted by Tyaaz at 5:42 PM 0 comments
Friday, August 28, 2009
TYAAZ
Where should I begin... to tell the story...........lagu nyanyian Andy William.
Syukur yg tak terhingga kepada Allah, at last but not least hasrat utk memiliki sebuah butik
telah menjadi realiti.....TYAAZ telah dizahirkan beberapa tahun yang lalu kemudian ditubuh syarikat atas nama TYAAZ SDN BHD pada tahun 2006..... sebuah syarikat yg tdk aktif langsung...
then last December tiba2 saja nak jadi stokis ECPI bukan apa nak hidupkan account Tyaaz di bank,
Alhamdulillah barulah nampak Tyaaz nak bergerak.....langkah keduanya ialah nak 'menrealisasikan' TYAAZ COLECTION.............. Dalam minda mcm2 nak buat kekadang tu terfikir juga umur dah makin veteren apalagi persiapan untuk alam barzakh perlu diutamakan......tp life got to go on....so dengan berpegang kpd prinsip "Beramallah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari dan berusahalah kamu seolah2 kamu akan hidup 100 tahun lagi" maka pada tanggal 20 Ogos 2009 bermulalah episod baru dalam hidup guru pencen ni.... menjadi seorang pengusaha butik di Ipoh.
Berkonsepkan 3 dalam 1, Tyaaz Collection menyediakan accessories untuk majlis pertunangan, perkahwinan dll, Home Decorations dan Butik. Gambar2 ada dekat facebook!
Insyaallah sekiranya ada rezeki, syarikat ini akan dikembangkan menjadi 'ONE STOP WEDDING PLANNER".. sekarang kita buat secara kecil2an dahulu ikut kemampuan........
Semoga Allah memberi kekuatan mental dan fizikal dan KEMANTAPAN IMAN pada diri ini.
Butik Tyaaz ada menjual jubah2 pelbagai fesyen n color, long skirts n blouse sesuai utk semua peringkat usia, baju kurung moden n tradisional, telekung2 yg cantik n pelbagai accessories wanita spt beg tangan, brooch, gelang etc...Untuk kaum Adam pun ada; baju melayu later kita akan tambah sport shirt, batik dll. Harga tidak mahal amat berpatutan....
HOME DECOR is my favourite corner, Barang yang dipamerkan exclusive dari UK thanks to my niece Shida for being so supportive.. so kepada yang berminat nak membuat koleksi anda di alu2kan ke butik saya yang terletak di Meru Point, dekat kilang Carsem dan ILP (Institut Latihan Perindustrian)No tel kedai 05 5292666. we have table runners, cushion covers, chair mat n floor mat, fabric basket n decorative items for your racks n wall cabinets.....
Well, well itulah serba sedikit yang boleh saya share dengan anda yang visit blog saya ni.... Semoga serba sedikit informasi yang dipaparkan dapat mempromosi TYAAZ COLLECTION dan diharap mendapat sokongan dri kawan2, saudara mara, rakan2 facebook n blogers. asalamualaikum.
Posted by Tyaaz at 5:11 PM 0 comments



